Pages

Saturday, September 25, 2010

Keris Jawa Lok Sembilan - Ganjar Iras

Keris ini tua. Amat unik kerana selain dari ganjarnya ganjar iras terdapat kuku bima di tempat lambir gajahnya. Pakaiannya baru dibuat menggunakan bentuk sampir melayu. Pamur yang berselirat sukar dikenalpasti.






Wednesday, September 22, 2010

Keris Bugis Lok Sembilan




Keris Bugis lok sembilan  ini baru sahaja memasuki koleksi keris-keris ku. Selama ini penumpuan ku banyak kepada keris Jawa, namun hati telah mula tertawan dengan koleksi-koleksi dari bugis. Mempunyai pamor air menitik yang  seolah-olah disusun dari dapurnya hingga ke hulunya. Panjangnya 13inchi 1/2 dari pendokok hingga ke hujungnya. Bilahnya masih belum dicuci lagi.



Keris Lempeng picit Pucuk Rebung





















Monday, August 9, 2010

Sunday, August 8, 2010

Friday, August 6, 2010

Duit timah binatang (Perak)

Duit bentuk labi-labi ini digunakan di negeri Perak sebagai matawang. Rujukan The Encyclopedia of The Coin of Malaysia, Singapore and Brunei by Saran Singh - mukasurat 201.
Berat  - 9 grams
Panjang - 5 cm

Duit Timah Binatang (Johor)

Duit binatang berbentuk kura-kura dari Johor.
Bersaiz kecil iaitu - 8.3 cm
Beratnya cuma 15.3 gram sahaja

Duit Timah Binatang (Johor)


Duit berbentuk buaya ini dikatakan digunakan di negeri Johor pada abad ke 16. Namun tiada fakta yang tepat mengenai bentuk wang timah ini serta kegunaannya.
Panjang -15 inchi
Berat - 600 gram

Duit Pitis Melaka (Dua pitis)

Dua pitis pandangan hadapan. Duit ini unik dan tidak pernah direkodkan oleh penulis-penulis buku matawang . Dikeluarkan pada zaman Sultan Muzaffar Shah 1446-1456

Saturday, July 31, 2010

Duit Pitis Melaka (Duit Timah)

Duit timah Kesultanan Melayu Melaka pada zaman Sultan Muzaffar Shah .Nilai muka syiling ini ialah satu pitis.
Pandangan Hadapan : Sultan Muzaffar Shah
Tahun Edaran : 1446-1456

Duit Pitis Melaka (Back view)

Pandangan belakang
Tulisan jawi bermaksud "Nasir al Dunia Wa'l Din"
Wang pitis Kerajaan Negeri Melaka amat kurang kerana tempoh pengunaannya yang telah dihadkan selepas Portugis menawan Melaka pada tahun 1511.Portugis telah membawa masuk mata wang timah baru dari Goa India. Al Fonso de Alburque telah memerintahkan supaya semua matawang kerajaan negeri Melaka diserahkan kembali ke perbendeharaan untuk dilupuskan.Hukuman berat dikenakan kepada sesiapa yang engkar.

Duit Perak Johor


Duit perak Johor ini dikenali sebagai Penjuru. Bahagian hadapan dicetak dalam tulisan Jawi "Sultan Abdul Jalil Shah" . Tahun edaran dari 1623 hingga 1677. Bahagian belakang dicetak juga dalam tulisan jawi "Khalifatul Mukminin. (Ruler of the faithful)

Duit Perak Johor (Back view)