Pages

Saturday, July 31, 2010

Duit Pitis Melaka (Duit Timah)

Duit timah Kesultanan Melayu Melaka pada zaman Sultan Muzaffar Shah .Nilai muka syiling ini ialah satu pitis.
Pandangan Hadapan : Sultan Muzaffar Shah
Tahun Edaran : 1446-1456

Duit Pitis Melaka (Back view)

Pandangan belakang
Tulisan jawi bermaksud "Nasir al Dunia Wa'l Din"
Wang pitis Kerajaan Negeri Melaka amat kurang kerana tempoh pengunaannya yang telah dihadkan selepas Portugis menawan Melaka pada tahun 1511.Portugis telah membawa masuk mata wang timah baru dari Goa India. Al Fonso de Alburque telah memerintahkan supaya semua matawang kerajaan negeri Melaka diserahkan kembali ke perbendeharaan untuk dilupuskan.Hukuman berat dikenakan kepada sesiapa yang engkar.

Duit Perak Johor


Duit perak Johor ini dikenali sebagai Penjuru. Bahagian hadapan dicetak dalam tulisan Jawi "Sultan Abdul Jalil Shah" . Tahun edaran dari 1623 hingga 1677. Bahagian belakang dicetak juga dalam tulisan jawi "Khalifatul Mukminin. (Ruler of the faithful)

Duit Perak Johor (Back view)